Rabu, 31 Mac 2010

BUNGA YG SEMAKIN MEKAR DI TMN PN.AZILAH DAN EN. ZAINAL...
























































PUTERA PUTERI KESAYANGAN MAK ABAH
















Alhamdulillah...terima kasih yang tidak terhingga kerana Kau telah mengurniakan kami harta yang tidak ternilai ini..InsyaAllah akan kami jaga dan didik amanahMu ini supaya menjadi manusia yang berguna kepada agamanya, ibubapanya, bangsanya dan negaranya....Doaku selalu mengiringi setiap langkahmu nak..Zaki, Irfan, mak tak pernah lupa mendoakan kalian setiap kali selepas kalian mengucup tangan ini sebelum keluar ke sekolah...(Ya Allah, Ya Tuhanku...Moga anakku ini bahagia di dunia dan di akhirat...aamiiin)

Itulah doa yang selalu disebut oleh seorang ibu pada zaman rasulullah pabila anak lelakinya(..tak ingat lak sape namenya...) hendak keluar rumah selepas mengucup tangannya. Alhamdulillah...anaknya itu memang berbahagia hidupnya hingga ke akhir hayatnya..berkat doa ibu yang tak pernah kering dari lidahnya

Pernah terbaca sebuah bingkisan..tak ingat buku apa..mengatakan, doa2 yang buruk selalunya makbul dari mulut ibu..manakala doa2 yang baik makbul dari mulut bapa. Oleh itu, ingat lah wahai diriku dan sesape yang membaca celotehku ini...jangan sesekali mendoakan anak2mu dengan doa yang buruk...nauzubillahiminzalik...

Selasa, 16 Mac 2010

Irdina di cadar baru Mak Cu




Matching tak baju irdina dengan cadar baru Mak Cu ni?

Rabu, 10 Mac 2010

MAK DAN ABAH, KAMI SELALU MENDOAKANMU

Hari demi hari berlalu begitu pantas, rupanya arwah abah telah lebih 2 tahun dan arwah mak hampir setahun meninggalkan kami semua anak-anak serta cucu-cucunya. Hanya kenangan bersama mereka masih tetap segar diingatan.
Moga Allah mencucuri rahmatNYA ke atas roh kedua ibubapaku ini dan menempatkan mereka bersama dengan orang-orang yang Engkau redhai...aamiiin.

Isnin, 8 Mac 2010

Anak daraku bukan main berposing lagi

Sudah lama gak merangkak dan memapah. Tak sabar-sabar pulak nak tengok dia berjalan. Dapat anak perempuan ni excited nya bukan kepalang, macam baru dapat anak sulung zaki tu dulu. Alhamdulillah syukur terhadapMu Ya Allah,Kau perkenankan doa hambaMu ini..

Jumaat, 29 Januari 2010

Bismillahirrahmanirrahim !


Assalamualaikum ! Segala puji bagiMu Ya Allah dan sejahtera ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat baginda.


Kepada semua yang sudi menatap blogku ini, semoga kalian sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmatNYA selalu...aamiiin